Seoul tempat ketujuh bandaraya paling mahal di dunia 


Seoul, yang merupakan ibu negara Koera Selatan menduduki tempat ketujuh dalam senarai bandar raya paling mahal untuk didiami pada tahun ini.– Gambar EPA, 23 Mac, 2019 

IBU negara Korea Selatan, Seoul menduduki tempat ketujuh dalam senarai bandar raya paling mahal untuk didiami pada tahun ini, lapor agensi berita Yonhap.

Hasil tinjauan dijalankan Worldwide Cost of Living (WCL), kendalian Unit Perisikan Ekonomi (EIU), berdasarkan harga lebih daripada 150 barang di 133 bandar di seluruh dunia.

Sementara itu, Singapura, Paris dan Hong Kong turut termasuk dalam kategori bandar raya paling mahal di dunia diikuti Zurich, Geneva dan Osaka.

Bandar raya Tokyo pula empat peratus lebih murah berbanding New York dan Seoul, manakala Shanghai bandar paling mahal di tanah besar China, berada di ranking ke-25. – Bernama, 23 Mac, 2019 


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen