Mangsa serangan tembakan sekolah Parkland bunuh diri 


Sydney Aiello, 19, adalah murid sekolah Marjory Stoneman Douglas, di mana pada 14 Februari tahun lalu seorang bekas murid sekolah itu menembak secara rambang sehingga meragut nyawa 14 pelajar dan tiga kakitangan sekolah. – Gambar EPA, 23 Mac, 2019.

SEORANG remaja perempuan yang terselamat dari kejadian tembakan di sebuah sekolah di Parkland, Florida, telah membunuh dirinya, lapor media tempatan semalam.

Sydney Aiello, 19, adalah murid sekolah Marjory Stoneman Douglas, di mana pada 14 Februari tahun lalu seorang bekas murid sekolah itu menembak secara rambang sehingga meragut nyawa 14 pelajar dan tiga kakitangan sekolah.

Turut terbunuh dalam kejadian itu ialah dua sahabat baiknya, Meadow Pollack dan Joaquin Oliver.

Ibu bapa Aiello memberitahu agensi berita tempatan, CBS4, remaja itu diberi rawatan PTSD dan mengalami rasa bersalah yang teruk. Pesakit yang mengalami keadaan ini sering bertanya mengapa mereka yang hidup sedangkan orang lain mati.

Aiello menamatkan persekolahan paga Julai lalu. Remaja itu meminati yoga dan menyertai gerakan menuntut perubahan undang-uandang mengenai dasar kawalan senjata api. – AFP, 23 Mac, 2019.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen