Kerajaan lebih prihatin pertahankan penjenayah berbanding mangsa, kata panel


Asila Jalil

Bekas ketua polis negara Musa Hassan berkata, kerajaan dilihat lebih prihatin dalam melindungi kepentingan penjahat tegar berbanding mangsa apabila mahu menghapuskan hukuman mati. – Gambar The Malaysian Insight oleh Nazir Sufari, 22 Mac, 2019.

KERAJAAN dilihat lebih prihatin dalam melindungi kepentingan penjahat tegar berbanding mangsa apabila mahu menghapuskan hukuman mati, kata bekas ketua polis negara Musa Hassan.

Bercakap di forum hukuman mati hari ini, Musa berkata beliau bimbang tindakan kerajaan yang mahu menghapuskan hukuman mati. 

Beliau berkata orang ramai harus mempersoalkan soal keselamatan sekiranya penjenayah dibebaskan.  

“Saya prihatin bahawa kerajaan sangat tertarik dan terburu-buru untuk melindungi kepentingan penjenayah.  

“Akan ada kesan yang mendatangkan kemudaratan kepada orang ramai,” katanya dalam perbincangan meja bulat di Kuala Lumpur hari ini.  

Musa menegaskan bahawa hukuman mati harus dikekalkan bagi memastikan kepentingan umum dan keselamatan negara dilindungi serta diutamakan.

“Adalah menjadi kewajipan kerajaan untuk menjamin keadilan tetapi nampaknya kerajaan hanya peduli pada penjenayah dan bukannya mangsa,” katanya.

Beliau menambah bahawa hukuman mati perlu dikenakan terhadap jenayah kejam seperti yang melibatkan kehilangan nyawa.

“Polis perlu menyiasat dengan betul bagi mencari bukti bahawa suspek sudah melakukan jenayah ini bagi memastikan mahkamah boleh menjatuhkan hukuman mati terhadap tertuduh,” katanya.  

Sementara itu, Ketua Sekretariat Ummah Aminuddin Yahya berkata, penghapusan hukuman mati adalah bertentangan dengan undang-undang syariah kerana seseorang harus dikenakan penalti sekiranya ada bukti sudah membunuh seseorang.

“Ini bukan membalas dendam ini tentang keadilan.

“Tidak hairanlah orang-orang ini menjaga penjenayah dan bukan mangsa. Mereka bersimpati dengan penjenayah lebih daripada mangsa.  

“Boleh anda bayangkan bagaimana keluarga mangsa trauma dengan apa yang berlaku?,” katanya.  – 22 Mac, 2019.

Berita penuh di sini. 


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen