BERPULUH orang awam mati dalam serangan oleh militan Islam di utara Burkina Faso, manakala beribu lagi penduduk meninggalkan rumah masing-masing, kata Human Rights Watch .
“Kekejaman kumpulan-kumpulan bersenjata Islam di wilayah utara Sahel, Burkina Faso dan pihak berkuasa semasa operasi anti keganasan menyebabkan berpuluh orang mati dan ramai meninggalkan rumah,” kata kumpulan itu menerusi laporan 62 halaman.
“Keganasan menyebabkan ribuan penduduk kampung melarikan diri sejak awal 2019.
“Penduduk kampung hidup dalam ketakutan kerana kedua-dua militan Islam bersenjata dan tentera kerajaan tidak mempedulikan nyawa manusia,” kata Corinne Dufka, pengarah Human Rights Watch Sahel.
Lebih daripada 100,000 orang melarikan diri, separuh daripada mereka pada awal tahun ini.
Sejak 2015, lebih 300 orang terbunuh, kebiasaannya dalam serbuan. Di ibu kota Burkina Faso, Ouagadougou sahaja sudah tiga kali diserbu. – AFP, 22 Mac, 2019.
Komen