SYARIKAT penerbangan Indonesia, Garuda, akan membatalkan 49 pesawat Boeing 737 Max 8 susulan dua kemalangan maut melibatkan model itu.
Ini merupakan pembatalan rasmi pertama bagi model tersebut oleh Garuda.
“Kami sudah menghantar surat kepada Boeing, meminta batalkan tempahan,” kata jurucakap Garuda, Ikhsan Rosan.
“Ini kerana penumpang Garuda di Indonesia sudah tidak percaya dan tidak yakin dengan pesawat itu.”
Ikhsan juga berkata Garuda sedang menunggu jawapan dari Boeing.
Selain itu, pegawai-pegawai dari Boeing akan ke Indonesia minggu depan untuk berbincang mengenai hasrat Garuda mahu membatalkan tempahan, katanya. – AFP, 22 Mac, 2019.
Komen