7 maut, 7 cedera dirempuh kereta di Hubei, China


Tujuh terbunuh manakala tujuh lagi cedera selepas dirempuh sebuah kereta di Hubei, tengah China. – Gambar EPA, 22 Mac, 2019.

SEKURANG-KURANGNYA tujuh terbunuh manakala tujuh lagi cedera selepas dirempuh sebuah kereta di Hubei, tengah China, lapor agensi berita Sputnik memetik media tempatan pada Jumaat.

Pemandu kereta turut maut selepas ditembak anggota polis.

Kejadian berlaku awal Jumaat di Taiping di bandar Zaoyang, lapor stesen penyiar CCTV. 

Sebaik menerima panggilan kecemasan, polis bergegas ke lokasi kejadian dan menembak mati penyerang yang juga pemandu kereta terbabit.

Setakat ini tiada laporan mengenai motif kejadian. – Bernama, 22 Mac, 2019.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen