AS perlu iktiraf Bukit Golan wilayah Israel, kata Trump


Selepas 52 tahun, sudah tiba masanya untuk AS mengiktiraf sepenuhnya kedaulatan Israel ke atas Bukit Golan, kata Donal Trump. – Gambar failAFP, 22 Mac, 2019.

PRESIDEN Donald Trump pada Khamis berkata Amerika Syarikat (AS) perlu mengiktiraf kedaulatan Israel ke atas Bukit Golan.

“Selepas 52 tahun, sudah tiba masanya untuk AS mengiktiraf sepenuhnya kedaulatan Israel ke atas Bukit Golan,” tulis Trump di Twitter.

Beliau menyifatkan Golan, yang dirampas dari Syria dan diduduki tanpa pengiktirafan antarabangsa itu sebagai sangat strategik dan penting bagi Israel dan kestabilan serantau.

Kira-kira 20,000 rakyat Israel tinggal di Bukit Golan.

Netanyahu gembira dengan pengumuman Trump itu berkata: Ketika Iran mahu menggunakan Syria sebagai tapak untuk memusnahkan Israel, Presiden Trump dengan berani mengiktiraf kedaulatan Israel ke atas Bukit Golan. 

“Terima kasih Presiden Trump!” kata Netanyahu melalui Twitter.

Pengumuman Trump itu kebetulan dengan lawatan Setiausaha Negara AS Mike Pompeo ke Baitulmaqdis. Pompeo adalah pegawai tinggi AS pertama melawat Tembok Barat bersama perdana menteri Israel. – AFP, 22 Mac, 2019.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen