Penyokong Trump mengaku bersalah hantar bungkusan bom


Cesar Sayoc, 57, yang ditahan di Florida Oktober tahun lepas, mengaku bersalah menghantar bom buatan sendiri kepada beberapa pemimpin Demokrat. – Gambar AFP, 22 Mac, 2019.

SEORANG penyokong Presiden Amerika Syarikat (AS) Donald Trump pada Khamis mengaku bersalah menghantar bom buatan sendiri kepada beberapa pemimpin Demokrat termasuk bekas presiden Barack Obama dan bekas calon presiden Hillary Clinton.

Cesar Sayoc, 57, yang ditahan di Florida Oktober tahun lepas, mengaku bersalah ke atas 65 pertuduhan terhadapnya. Dia boleh dikenakan hukuman penjara seumur hidup jika sabit kesalahan.

Sayoc mengaku bersalah di Mahkamah Daerah AS di New York. Ketika membacakan kenyataan yang disediakan peguamya, Sayoc  mengaku membuat bom sendiri menggunakan paip plastik, jam locem digital, dawai elektrik, bunga api dan serpihan kaca.

“Saya tahun ini salah dan saya minta maaf,” dia memberitahu mahkamah.

Dia dituduh menghantar 16 bungkusan bom yang dipos dari pejabat pos di Florida kepada pemimpin Demokrat dan pejabat CNN Manhattan.

Selain Obama dan Clinton, turt menjadi sasaran ialah jutawan George Soros, bekas presiden Bill Clinton, bekas naib presiden Joe Biden, pelakon Robert De Niro dan beberapa pemimpin Demokrat lain termasuk calon presiden 2020 Cory Booker dan Kamala Harris. 

Tiada satu pun bungkusan yang meletup dan kebanyakannya tidak sampai kepada penerima. – AFP, 22 Mac, 2019.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen