44 maut letupan loji kimia di China


Anggota tentera membantu mengeluarkan mangsa dari tempat insiden loji kimia meletup di Yancheng, China. – Gambar AFP, 22 Mac, 2019.

JUMLAH korban akibat letupan loji kimia di timur China meningkat 44 orang hari ini selepas pihak berkuasa berjaya mengeluarkan berpuluh-puluh mangsa dari tempat kejadian, kata media rasmi.

Kebakaran di kawasan perindustrian Yancheng di wilayah Jiangsu semalam berjaya dikawal oleh anggota bomba beberapa jam selepas letupan yang berlarutan sehingga ke malam menurut penyiar CCTV.

Sehingga awal pagi ini, sejumlah 88 orang berjaya dikeluarkan dari kawasan terbabit termasuk 44 yang maut, kata CCTV.

Berpuluh-puluh orang turut dilaporkan cedera dalam insiden terbaru yang mendedahkan lagi rekod buruk keselamatan sektor perindustrian China.

Imej yang dikongsi media tempatan menunjukkan, ledakan sangat kuat mencetus gempa bumi kecil berkekuatan 2.2 magnitud, meruntuhkan bangunan kilang, memecahkan cermin tingkap kediaman dan sekolah berhampiran. – AFP, 22 Mac, 2019.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen