Mokhzani kini presiden motorsport


Ragananthini Vethasalam

Hartawan Mokhzani Mahathir yang merupakan anak kepada Perdana Menteri Dr Mahathir Mohamad kini memegang jawatan sebagai presiden baharu Persatuan Motorsports Malaysia (MAM). – Gambar fail The Malaysian Insight, 21 Mac, 2019.

HARTAWAN Mokhzani Mahathir menggantikan Azman Yahya sebagai presiden baharu Persatuan Motorsports Malaysia (MAM) manakala ketua pegawai eksekutif (CEO) Ahmad Razlan Ahmad Razali melepaskan semua jawatan yang disandangnya dalam organisasi itu.

Ahmad Razlan memberitahu The Malaysian Insight bahawa perubahan jawatan presiden itu berlaku minggu lalu sebagai sebahagian daripada penstrukturan semula.

Mokhzani meletak jawatan dari Litar Antarabangsa Sepang (SIC) pada 2016 selepas berkhidmat sebagai pengerusi selama 13 tahun.

Ahmad Razlan berkata, beliau melepaskan jawatan di MAM bagi memastikan tadbir urus korporat yang baik, ketelusan dan mencegah konflik kepentingan apabila memegang pelbagai jawatan di MAM dan SIC di mana beliau berkhidmat sebagai ketua pegawai eksekutif.

“Bagi kebaikan pembangunan motorsports Malaysia, kredibiliti berterusan MAM dan menghapuskan keraguan, lebih baik saya melepaskan jawatan ini dan memberi sokongan serta nasihat sebagai penaja gabungan menerusi SIC kepada MAM,” katanya kepada The Malaysian Insight. 

“Masih ada kerja yang perlu dilakukan di SIC bagi memastikan kemajuan dan kemampanan berterusan.

Ahmad Razlan mengemukakan surat peletakan jawatannya kepada Mokhzani Mahathir dan tempatnya akan digantikan oleh Muizz Azli di MAM.

Terdahalu, The Malaysian Insight melaporkan bahawa kerajaan sedang berusaha untuk menjadikan Motorsports Association of Malaysia (MAM) sebagai pihak berkuasa utama sukan permotoran negara ini, menurut sumber industri. – 21 Mac, 2019.

Berita penuh di sini. 


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen