Suspek tembakan di Belanda akan didakwa


Suspek berusia 37 tahun itu akan didakwa kerana membunuh, cubaan membunuh dengan matlamat keganasan. – Gambar AFP, 21 Mac, 2019.

PENDAKWA raya Belanda akan mendakwa suspek serangan tembakan dalam sebuah tram padat penumpang dengan pembunuhan “keganasan”, suspek akan dihadapkan ke mahkamah buat kali pertama pada Jumaat.

“Suspek berusia 37 tahun itu akan dihadapkan ke mahkamah pada Jumaat, didakwa dengan beberapa pertuduhan membunuh dengan matlamat keganasan, serta beberapa cubaan membunuh dan ancaman keganasan,” kata Pejabat Pendakwa Raya dalam kenyataan hari ini. – AFP, 21 Mac, 2019.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen