MENTERI Kewangan Lim Guan Eng yakin projek pembinaan Lapangan Terbang Antarabangsa Kulim di bawah Inisiatif Pembiayaan Swasta FPI akan memberi kesan positif untuk menarik pelabur.
Tambahnya, tiada masalah sekiranya terdapat tiga lapangan terbang di wilayah utara Semenanjung.
“Sekiranya bawah PFI, ia adalah selaras dengan apa yg diumum oleh kementerian sebelum ini,” katanya dalam sidang media di lobi Parlimen hari ini.
Menurutnya lagi, Pulau Pinang juga bakal mendapat tempias PFI apabila projek pembesaran lapangan terbang di Bayan Lepas diluluskan.
“Sekiranya ada pihak swasta sedia melabur untuk membina kedua- dua lapangan terbang, saya rasa ini tiada masalah kerana ia adalah sesuatu yg baik kerana boleh memangkin pertumbuhan ekonomi dan wujudkan lebih banyak peluang pekerjaan.”
Menteri Besar Kedah Mukhriz Mahathir berkata KXP AirportCity Holdings Sdn Bhd sudah dilantik untuk menyelaras dan menguruskan pembangunan Lapangan Terbang Antarabangsa Kulim.
Beliau berkata kerajaan negeri telah mendapat kelulusan daripada pusat untuk membangunkan lapangan terbang antarabangsa yang menelan belanja RM1.6 bilion itu.
Sebelum ini, Ketua Menteri Pulau Pinang Chow Kon Yeow menyuarakan kebimbangan terhadap projek tersebut dan mahu kajian kebolehlaksanaan dilaksanakan terlebih dahulu.
Mengulas mengenai itu, Lim berkata kajian kebolehlaksaaan akan dilakukan.
“Perkara ini kena melalui proses kajian, untuk Pulau Pinang sudah dilakukan, jadi kita perlu tunggu (Kedah).”– 21 Mac, 2019.
Komen