New Zealand larang senjata api separa automatik, senapang


Kabinet bersetuju mengkaji semula undang-undang mengenai senjata api pada Isnin, 72 jam selepas serangan keganasan mengerikan di Christchurch, kata Perdana Menteri New Zealand Jacinda Ardern pada Khamis. – Gambar EPA, 21 Mac, 2019.

KERAJAAN New Zealand memutuskan melarang penggunaan senjata api separa automatik dan senapang, susulan serangan keganasan di dua masjid di Christchurch, lapor agensi berita Sputnik.

Larangan itu diumumkan Perdana Menteri Jacinda Ardern pada Khamis.

“Kabinet bersetuju mengkaji semula undang-undang mengenai senjata api pada Isnin, 72 jam selepas serangan keganasan mengerikan di Christchurch.

“Selepas enam hari tragedi berlaku, kami mengumumkan larangan terhadap semua senjata separa automatik dan senapang di New Zealand. 

“Peralatan untuk menghasilkan senjata api jenis itu juga tidak dibenarkan,” kata Ardern dalam satu kenyataan di laman web kerajaan.

Semua senjata api separa automatik seperti yang digunakan semasa serangan pengganas pada Jumaat 15 Mac lalu akan diharamkan, tegas beliau. – Bernama, 21 Mac, 2019.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen