Putrajaya tak mahu AAM tadbir sukan permotoran lagi, kata sumber


Ragananthini Vethasalam

Sumber industri memberitahu The Malaysian Insight, Menteri Belia dan Sukan Syed Saddiq Syed Abdul Rahman pada September lalu telah mengemukakan surat rasmi kepada Persekutuan Motosikal Antarabangsa (FIM) untuk mengikitraf MAM sebagai pentadbir Federation of Motorcycliste Nationale (FMN) atau National Auto Sports Authority (ASN) di Malaysia. – Gambar fail The Malaysian Insight, 21 Mac, 2019.

PUTRAJAYA kini sedang berusaha untuk menjadikan Persatuan Permotoran Malaysia (MAM sebagai badan pengelola sukan permotoran negara ini, menurut sumber industri.

Ini bagi mengambil alih peranan yang sejak sekian lama dipegang oleh Persatuan Automobil Malaysia (AAM).

Sumber industri memberitahu The Malaysian Insight, Kementerian Belia dan Sukan telahpun mengumumkan untuk tidak lagi mengiktiraf AAM sebagai badan pengelola bagi acara sukan permotoran di Malaysia.

Kementerian itu menambah, Menterinya, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman pada September lalu telah mengemukakan surat rasmi kepada Persekutuan Permotoran Antarabangsa (FIM) untuk mengikitraf MAM sebagai pentadbir Federation of Motorcycliste Nationale (FMN) atau National Auto Sports Authority (ASN) di Malaysia.

Surat yang dilihat The Malaysian Insight itu juga menyebut MAM mendapat sokongan penuh dari kementerian untuk menjadi anggota FIM.

“Kementerian bertanggungjawab atas pembangunan semua sukan di Malaysia, termasuk sukan permotoran. Surat ini untuk mengesahkan bahawa kementerian mengiktiraf MAM sebagai badan pentadbir FMN di Malaysia,” menurut surat itu.

“Di samping itu, MAM diuruskan oleh sebuah jawatankuasa yang terdiri daripada individu-individu yang berwibawa dan diiktiraf telah memberi sumbangan kepada pembangunan sukan permotoran Malaysia. Usaha luar biasa mereka dalam melahirkan pelumba Malaysia dapat dilihat melalui program dan acara-acara MotoGP, Moto2 dan Moto3.”

Surat itu turut menamakan Azman Yahya sebagai MAM dan Ahmad Razlan Ahmad Razali sebagai naib presiden. Ahmad Razlan juga adalah ketua pegawai eksekutif (CEO) Litar Antarabangsa Sepang. – 21 Mac, 2019.

Berita penuh di sini.        


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen