SEORANG kakitangan firma keselamatan berpangkalan di Dubai dipecat dan dihalau pulang ke negara asal selepas memuji serangan pengganas di New Zealand.
Lelaki itu menggunakan akaun Facebook palsu memuji tindakan pengganas yang membunuh 50 orang dalam kejadian di masjid Christchurch.
“Hujung minggu lalu seorang pekerja Transguard memuat naik komen jelik dan meraikan indisen tembakan masjid di Christchurch.
“Walaupun menggunakan akaun palsu lelaki itu berjaya dikenal pasti dan kontraknya ditamatkan sebelum diserahkan kepada pihak berkuasa,” menurut kenyataan syarikat tersebut.
Syarikat berkenaan bagaimanapun tidak mendedahkan nama dan kerakyatan lelaki berkenaan.
Insiden serangan pengganas di New Zealand Jumaat lalu mencetuskan kemarahan global dan UAE antara negara yang mengutuk serangan terbabit. – AFP, 20 Mac, 2019.
Komen