Gangguan seksual, lelaki didenda AS$8 cetuskan kemarahan warga Vietnam


Tinjauan mengenai keganasan jantina menunjukkan ramai wanita Vietnam berdepan gangguan seksual di khalayak umum. - Gambar AFP, 20 Mac, 2019.

SEORANG lelaki didenda US$8 (RM32) selepas mencium seorang wanita di dalam sebuah lif secara paksa sehingga mencetuskan kemarahan warganegara Vietnam.

Serangan awam yang jarang berlaku di negara itu di mana serangan seksual hampir tidak dibicarakan secara terang-terangan.

Pergerakan #MeToo tidak pernah lepas di Vietnam, sebuah negara komunis yang konservatif di mana keganasan jantina semakin meluas tetapi tetap menjadi topik taboo.

Warga Vietnam menonjolkan kemarahan mereka di media sosial minggu ini selepas seorang lelaki didenda US$8.61 selepas mencium seorang wanita secara paksa di sebuah lif di bangunan apartment di Hanoi.

Rakaman CCTV itu menjadi viral sehingga menimbulkan kemarahan orang awam.

“Denda adalah penghinaan terhadap martabat wanita Vietnam,” kata pengguna Facebook, Duong Dai Trieu Lam hari ini.

Pegawai pegawai Nguyen Trang memberitahu AFP bahawa ia tidak masuk akal.

“Saya tidak boleh terima. Saya bimbang keselamatan anak-anak dan saya sendiri,” katanya.

Tidak seperti rogol, serangan seksual bukan kesalahan jenayah di Vietnam tetapi dianggap pelanggaran pentadbiran yang jatuh di bawah kategori ucapan dan tingkah laku tidak senonoh.

Denda maksimum untuk serangan seksual adalah AS$13.

Petisyen di atas talian sudah dibuat untuk membuat pindaan undang-undang itu hari ini. – AFP, 20 Mac, 2019.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen