DUA warga Palestin dibunuh tentera reji zionis dalam pertempuran berhampiran pos pemeriksaan berhampiran Tebing Barat pada Rabu, kata kementerian kesihatan Palestin.
Menurutnnya, Raid Hamdan, 21 dan Zaid Nouri, 20 terbunuh selepas ditembak pada Selasa oleh tentera Israel berhampiran makan Nabi Yusuf di Nablus.
Tentera zionis dalam satu kenyataan mendakwa bahan letupan dibaling dari sebuah kenderaan ketika penganut Yahudi melawat tempat ibadat mereka di situ.
“Tentera membalas dengan menembak ke arah kenderaan tu.”
Tiada laporan kecederaan pada tentera Israel.
Ketegangan berlaku di kawasan berkenaan sejak sekian lama. – AFP, 20 Mac, 2019
Komen