RUSIA tidak mengiktiraf pemimpin pembangkang, Juan Guaido yang mengisytiharkan dirinya sebagai presiden sementara dan menggesa semua pihak di Venezuela untuk menyelesaikan kemelut politik menerusi dialog, kata Timbalan Menteri Luar Sergey Ryabkov pada Selasa memetik agensi berita Sputnik.
“Rusia berpandangan Nicolas Maduro yang dipilih dalam pilihan raya yang turut dipantau pemerhati antarabangsa merupakan satu-satunya presiden sah.
“Mengenai Juan Guaido, yang mengumumkan dirinya sebagai presiden sementara Venezuela, kami tidak mengiktirafnya,” kata Ryabkov pada sidang akhbar selepas mengadakan pertemuan dengan wakil khas AS bagi Venezuela, Elliott Abrams.
Terdapatnya keperluan untuk mengadakan dialog intra-Venezuela, tanpa sebarang tekanan atau campur tangan pihak asing, ujar Ryabkov. – Bernama, 20 Mac, 2019.
Komen