Sesat 24 jam di padang pasir, kanak-kanak 5 tahun selamat


Seorang kanak-kanak lelaki berusia lima tahun yang hilang di kawasan padang pasir di barat Argentina, ditemui selamat. – Gambar fail AFP, 20 Mac, 2019.

SEORANG kanak-kanak lelaki berusia lima tahun yang hilang ketika berjalan bersama keluarganya di Argentina ditemui selamat selepas 24 jam hilang di kawasan padang pasir di barat negara itu.

Pihak berkuasa wilayah San Juan dan kira-kira 1,000 sukarelawan mencari kanak-kanak itu – bersama seorang bekas penunggang motosikal Dakar Rally.

Kanak-kan itu akhirnya ditemui kira-kira 21km dari tempat terakhir dia dilihat.

Dia dimasukkan ke hospital kerana mengalami dehidrasi.

“Saya sejuk, tidak dapat tidur, bersandar di batu,” katanya kepada akhbar Clarin sebelum keluar dari hospital semalam.

Katanya, dia minum dari sungai dan makan rumput.

“Dia berada di kawasan terdedah selama 24 jam, dan tidak apa-apa,” kata Alberto Ontiveros, lelaki yang menemuinya, menambah kawasan itu menjadi laluan harimau bintang. – AFP, 20 Mac, 2019.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen