Sebar video serangan masjid, ahli perniagaan NZ didakwa di mahkamah


Philip Neville Arps, 44, dihadapkan dengan dua pertuduhan menyebarkan rakaman langsung serangan di Masjid Al Noor, sehari selepas serangan ganas yang membunuh beberapa orang itu. – Gambar AFP, 20 Mac, 2019.

SEORANG ahli perniagaan di Christchurch hari ini didakwa di mahkamah kerana menyebarkan rakaman salah satu insiden serangan pengganas ke atas masjid di bandar itu Jumaat lalu, lapor NZ Herald.

Philip Neville Arps, 44, dihadapkan dengan dua pertuduhan menyebarkan rakaman langsung serangan di Masjid Al Noor, sehari selepas serangan ganas yang membunuh beberapa orang itu.

Serangan ke atas dua buah masjid di Christchurch itu membunuh sekurang-kurangnya 50 orang dan menyebabkan 50 yang lain cedera.

Tertuduh boleh dihukum penjara maksimum 14 tahun jika sabit kesalahan.

Beliau tidak dibenarkan ikat jamin dan akan dibawa semula ke mahkamah pada 15 April ini apabila kes disebut semula.

Syarikat milik Arps sebelum ini jadi perhatian pihak berkuasa kerana menggunakan lambang Nazi sebagai logonya, simbol yang sama dipakai oleh pengganas Jumaat lalu dalam manifestonya. – 20 Mac, 2019.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen