Polis percaya serangan di Utrecht ada motif pengganas


Perdana Menteri Belanda Mark Rutte (kanan) dan Menteri Kehakimand an Keselamatan Ferdinand Grapperhaus turut meletakkan bunga tanda memperingati mangsa terbunuh dalam serangan di trem Utrecht. – Gambar EPA, 20 Mac, 2019.

PENDAKWA raya dan polis Belanda berkata mereka “serius” menyiasat motif pengganas yang melancarkan serangan di trem Utrecht susulan ada bukti termasuk surat ditemui dalam kereta suspek utama untuk melarikan diri.

“Setakat ini, motif pengganas diambil kira. Ia berdasarkan surat yang ditemui dalam kereta antara perkara lain dan fakta semula jadi,” katanya dalam kenyataan bersama.

Setakat ini, suspek utama iaitu lelaki Turki, Gokmen Tanis, 37, dan dua lelaki tidak dikenali dari Utrecht masing-masing berusia 23 dan 27 tahun ditahan.

Difahamkan, polis turut menjumpai sebuah kereta Renault Clio berwarna merah dipercayai digunakan oleh pengganas terbabit untuk melarikan diri.

Kenyataan itu berkata mangsa yang meninggal dunia semasa kejadian tembakan itu adalah seorang wanita berusia 19 tahun dari Vianen, berhampiran Utrech dan dua lelaki berusia 28 dan 49 tahun.

“Setakat ini siasatan kami menunjukkan terdapat kaitan antara suspek utama dan mangsa,” kata polis dan pendakwa raya.

Media Belanda dan Turki melaporkan sebelum ini bahawa pertengkaran keluarga mungkin motif insiden tembakan itu.

Bagaimanapun, polis dan pendakwa raya berkata motif lain tidak termasuk dan mereka juga akan menyiasatnya. – AFP, 20 Mac, 2019.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen