PEMBUAT peralatan pembedahan Jepun dan syarikat menghasilkan produk kaca China antara dua syarikat terkemuka dalam lonjakan pelaburan asing yang memasuki Malaysia tahun lalu yang menggandakan jumlah pada 2017.
Pentax Medical Jepun dan Jinjing Technologies dari China sebahagian daripada pelaburan langsung asing (FDI) bernilai RM80.5 bilion yang masuk ke negara ini tahun lalu, kata kerajaan, di mana ia meningkat 48% daripada RM54.4 bilion pada 2017.
Turut memasuki pelaburan negara ialah syarikat berpangkalan di Amerika Syarikat (AS), Smart Modular Technologies, pembuat cip memori komputer yang akan membuka pangkalan untuk mengendalikan rangkaian pembekalan antarabangsanya.
Putrajaya bangga dengan peningkatan FDI, khususnya dalam sektor pembuatan, sebagai bukti bahawa pelabur masih yakin dalam ekonomi Malaysia, di sebalik kritikan yang mendakwa sebaliknya.
Bagaimanapun, menurut data kerajaan, pelaburan langsung domestik (DDI) dalam ekonomi jatuh 17.1% pada 2018 kepada RM121.2 bilion daripada RM146.2 bilion pada 2017.
Kira-kira RM115.6 bilion daripada pelaburan itu masuk antara Julai dan Disember, ketika pentadbiran baharu Pakatan Harapan (PH) mula mengumumkan dasar termasuk semakan semula Rancangan Malaysia ke-11.
Menurut data daripada Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) dan Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia (MIDA) pelaburan ini akan berpotensi mencipta lebih 129,700 pekerjaan dalam 4,667 projek.
Penerima terbesar dalam FDI ialah sektor pembuatan yang merekodkan peningkatan 37.2% pada 2018 berbanding 2017. Lebih 59,200 pekerjaan dijangka wujud dalam sektor daripada pelaburan ini, peningkatan 5% berbanding 2017.
Dalam Laporan Pencapaian Pelaburan Malaysia 2018, MIDA berkata negara ini antara yang menerima manfaat daripada perang perdagangan antara AS dan China. – 20 Mac, 2019.
Berita penuh di sini.

Komen