Presiden Kazakhstan umum letak jawatan 


Presiden Kazakhstan Nursultan Nazarbayev mengambil langkah itu kerana enggan lagi berada dalam kerajaan.– Gambar EPA, 19 Mac, 2019

PRESIDEN Kazakhstan Nursultan Nazarbayev mengumumkan peletakan jawatannya pada Selasa, 29 tahun selepas mentadbir negara itu. 

“Saya membuat keputusan untuk menolak mandat presiden,” katanya dalam ucapan yang disiarkan di stesen televisyen negara itu. 

Nazarbayev mula memegang kuasa di negara itu ketika ia masih dalam republik Soviet dan tidak menunjukkan pengganti. 

Langkah itu diambil selepas ketidakpuasan hati rakyat di media sosial semakin meningkat selain ekonomi negara itu masih dalam proses pemulihan selepas kejatuhan harga minyak pada 2014.

Pengumuman itu juga dibuat seminggu selepas beliau menolak kerajaan negara itu. 

Nazarbayev akan menikmati kuasa penggubalan dasar yang penting berikutan peletakan jawatannya kerana status perlembagaannya sebagai “Pemimpin Negara”.

Beliau juga menjadi ketua majlis keselamatan negara pada tahun lepas. – AFP, 19 Mac, 2019


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen