Brunei akan perkenal sistem prabayar air


BRUNEI dijangka memperkenalkan sistem penggunaan meter air berkonsepkan prabayar bermula tahun ini, bagi mengatasi masalah pembaziran air di negara itu, lapor agensi berita Xinhua.

Menteri Pembangunan Brunei, Suhaimi berkata dengan pengenalan sistem itu diharapkan dapat mengurangkan masalah pembaziran air. 

“Penggunaan air bersih di Brunei masih lagi tertinggi di Asean iaitu kira-kira 380 liter setiap orang sehari,” kata menteri itu pada Isnin.

Di Malaysia penggunaan air bagi seorang rakyat Malaysia sehari ialah 210 liter dan di Singapura sebanyak 150 liter bagi setiap orang.

Katanya, sistem itu akan diperkenalkan secara berperingkat.

“Perubahan itu akan dilaksanakan pada masa sesuai untuk memastikan rakyat tidak terbeban dan mengalami kesukaran terutama mereka yang berpendapatan rendah,” katanya. – Bernama, 19 Mac, 2019.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen