6 mayat mangsa serangan pengganas Christchurch diserah pada keluarga


Ahli keluarga mangsa serangan pengganas di dua masjid di Christchurch, New Zealand berpelukan meratapi pemergian mereka. – Gambar EPA, 19 Mac, 2019

ENAM mayat mangsa serangan pengganas Christchurch diserahkan kepada keluarga masing-masing selepas penangguhan, kata polis New Zealand dan memberi peringatan bahawa hanya segelintir mangsa terbunuh yang dikenal pasti identitinya.

Polis berkata kesemua 50 bedah siasat telah dibuat dan hanya “12 mangsa dikenal pasti sepenuhnya oleh koroner”.

“Enam mayat yang sudah dikenal pasti telah diserahkan kepada keluarga mereka.”

Penangguhan itu membingungkan keluarga mangsa, yang mahukan mayat anggita keluarga mereka yang teribat dikebumikan secepat mungkin.

Mohamed Safi, 23 yang merupakan bapa kepada salah seorang mangsa, Matiullah Safi yang terbunuh di Masjdi Al Noor, menyuarakan kekecewaannya dengan pihak berkuasa kerana tidak memberikan sebarang maklumat kepada keluarga bila mayat akan diserahkan.

“Tiada apa yang mereka maklumkan,” kata pelarian Afghanistan itu di luar pusat sokongan keluarga di Christchurch.

“Mereka hanya mengatakan mereka menjalankan prosedur mereka, mereka sedang menjalankan proses mereka.

“Tapi proses apa? Mengapa saya tidak tahu kamu sedang mengenal pasti mayat…Mengapa saya tidak dihubungi sebagai ahli keluarga terdekat?”

Polis berkata, mereka sedar mengenai kkecewan keluarga mangsa berikutan masa yang diperlukan untuk mengenal pasti mayat susulan daripada serangan pengganas kulit putih itu.

“Kami akan cuba perbaiki komunikasi dengan keluarga mangsa bagi memastikan mereka sentiasa dimaklumkan perkembangan.”

“Kami cuba sedaya upaya untuk menyelesaikan tugas ini secepat mungkin dan kembalikan mayat mangsa kepada keluarga mereka.” – AFP, 19 Mac, 2019


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen