Pelabur perlu elak GLC terlibat rasuah, kata PM


Ragananthini Vethasalam

GLC harus dipimpin oleh mereka yang berintegriti dan tinggi nilai moralnya, dan pemimpin yang terlibat dengan rasuah akan dipecat, kata Dr Mahathir Mohamad. – Gambar The Malaysian Insight oleh Nazir Sufari, 19 Mac, 2019.

PELABUR perlu menjauhkan diri dari syarikat berkaitan kerajaan (GLC) yang terlibat dengan rasuah, kata Dr Mahathir Mohamad.

Perdana menteri berkata GLC harus dipimpin oleh mereka yang berintegriti dan tinggi nilai moralnya, dan pemimpin yang terlibat dengan rasuah akan dipecat.

“Saya perlu tegaskan yang pelabur memainkan peranan penting dalam membantu membanteras rasuah. Paling sedikit yang boleh anda lakukan ialah dengan tidak membeli saham atau berurus niaga dengan pengarah atau syarikat yang terlibat dengan rasuah,” kata Dr Mahathir ketika menyampaikan ucaptama di Invest Malaysia 2019 di Kuala Lumpur hari ini.

Sektor swasta perlu bekerjasama dengan GLC untuk merealisasikan agenda ekonomi negara, tambah beliau.

“GLC sering dikatakan untuk ketepikan sektor swasta. Bukan begitu.

“Apa yang kita mahu ialah GLC memainkan jadi pemangkin untuk menyokong ekonomi. Kita mahu sektor swasta merealisasikan agenda ekonomi.”

Dr Mahathir berkata Pejabat Perdana Menteri kini sedang memuktamadkan garis panduan bagi pemberian imbuhan kepada pegawai kanan dalam entiti kerajaan.

“Kita dapati beberapa pakej imbuhan sangat tinggi. Mulai sekarang, imbuhan akan diberi mengikut prestasi.” – 19 Mac, 2019.

Berita penuh di sini.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen