Putrajaya belum muktamad pinjaman RM1 bilion projek lebuh raya Pulau Pinang


Looi Sue-Chern

Ketua Menteri Chow Kon Yeow berkata kerajaan negeri masih menunggu jawapan daripada Putrajaya mengenai pinjaman mudah sebanyak RM1 bilion. – Gambar The Malaysian Insight oleh Davdi ST Loh, 19 Mac, 2019.

KERAJAAN persekutuan belum membuat keputusan menolak permohonan Pulau Pinang bagi mendapatkan pinjaman dana bernilai RM1 bilion untuk projek lebuh raya Pan Island Link 1 (PIL1).

PIL1 adalah komponen dalam Pelan Induk Pengangkutan Pulau Pinang (PTMP).

Ketua Menteri Chow Kon Yeow berkata semuanya masih “menunggu kelulusan” kerajaan persekutuan.

“Tidak semestinya,” katanya dalam satu sidang akhbar ketika diminta mengulas mengenai artikel The Star pada Ahad yang projek PIL1 berdepan masalah susulan kegagalan kerajaan negeri mendapatkan mendapatkan pinjaman.

Chow dipetik berkata pinjaman itu tidak akan diperolehi.

“Saya tidak dapat mengawal apa yang ditulis wartawan. Perkara berkenaan pinjaman tidak relevan pada ketika ini.

“Semuanya sedang berjalan. Terbuka. Terbuka seperti langit biru. Jika kita tidak mendapat kelulusan untuk projek, apakah gunanya membincangkan mengenai pinjaman?

“Laporan itu tidak mencerminkan keadaan sebenar,” katanya.

Tahun lepas, Chow dilaporkan berkata Pulau Pinang meminta pinjaman mudah RM1 bilion daripada Putrajaya untuk membolehkan kerajaan memulakan fasa pertama PTMP.

Pinjaman ini akan membolehkan PIL1 dan projek transit rel ringan bermula serentak.

Beliau memberitahu pemberita hari ini semuanya bergantung pada mesyuarat bulan depan di Majlis Perancangan Fizikal Negara (NPPC) yang dipengerusikan oleh Perdana Menteri Dr Mahathir Mohamad. – 19 Mac, 2019.

Berita penuh di sini


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen