Rancangan struktur Pulau Pinang dibentang bulan depan, kata KM


Looi Sue-Chern

Ketua Menteri Chow Kon Yeow berkata Rancangan Struktur Negeri Pulau Pinang 2030 akan dibentangkan bulan depan di Majlis Perancang Fizikal Negara (MPFN) yang dipengerusikan oleh Perdana Menteri Dr Mohamad. – Gambar The Malaysian Insight oleh David S T Loh, 19 Mac, 2019.

DRAF Rancangan Struktur Negeri Pulau Pinang (RSNPP) 2030 yang menentukan dasar pembangunan negeri untuk dekad seterusnya telah diluluskan oleh jawatankuasa perancang negeri, kata Ketua Menteri Chow Kon Yeow, hari ini.

RSNPP 2030 adalah semakan semula RSNPP 2020 yang diwartakan pada 2017 dan akan tamat pada tahun depan.

Chow berkata RSNPP akan dibentangkan bulan depan di Majlis Perancang Fizikal Negara (MPFN) yang dipengerusikan oleh Perdana Menteri Dr Mohamad.

“Ia akan dibentangkan kepada MPFN untuk mendapatkan nasihat dan syarat-syarat pematuhan.

“RSNPP 2030 kemudian akan dikemukakan di Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri untuk mendapatkan kelulusan akhir sebelum diwartakan,” katanya pada sidang media di Komtar hari ini.

Menurut Chow, RSNPP 2030 akan dijadikan panduan dan rujukan utama bagi Pulau Pinang dalam memastikan semua dasar dan projek yang dicadangkan, terutamanya yang berimpak tinggi boleh dilaksanakan tepat pada masanya untuk manfaat rakyat.

RSNPP 2030 menjadi kontroversi kerana ia merangkumi Pelan Induk Pengangkutan Pulau Pinang (PTMP) dan Penambakan Selatan Pulau Pinang (PSR) yang mendapat bantahan dari kumpulan sivil tempatan. – 19 Mac, 2019.

Berita penuh di sini.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen