Penjawat awam tidak akan hilang kerja, kata Guan Eng


Ragananthini Vethasalam

Menteri Kewangan Lim Guan Eng berkata penjawat awam tidak akan kehilangan kerja mereka akibat penswastaan perkhidmatan awam. – Gambar The Malaysian Insight oleh Nazir Sufari, 19 Mac, 2019.

PENJAWAT awam tidak akan kehilangan kerja mereka akibat penswastaan perkhidmatan awam, kata Menteri Kewangan Lim Guan Eng.

Lim berkata Perdana Menteri Dr Mahathir Mohamad awal bulan ini mengumumkan Putrajaya masih melihat penswastaan sebagai cara mengurangkan beban kewangan kerajaan dan pada masa sama mengekalkan perjawatan.

“Perdana menteri mengulangi berulang kali bahawa ini tidak akan menyebabkan penjawat awam sedia ada hilang pekerjaan,” katanya.

“Kami tidak mahu kenyataan ini disalahertikan. Kami tidak memecat dan memberhentikan mana-mana penjawat awam.”

Lim berkata kerajaan sedang mencari cara untuk menswastakan perkhidmatan awam tanpa menjejaskan perjawatan penjawat awam dan manfaat diterima.

Katanya, keputusan tidak akan dibuat tanpa mendapatkan rundingan daripada pihak-pihak berkepentingan terlebih dulu. – 19 Mac, 2019.

Berita penuh di sini.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen