MALAYSIA tetap komited untuk mengekalkan hubungan ekonomi yang mesra dengan rakan perdagangan utama China dan Singapura, walau saling berbeza pandangan, kata Perdana Menteri Dr Mahathir Mohamad.
“Kami ingin mengulang semula bahawa Malaysia komited terhadap hubungan ekonomi yang mesra dengan semua rakan terutama dengan pihak paling kukuh dan rapat,” katanya semasa ucaptama di Invest Malaysia 2019.
“Kita mungkin mempunyai pandangan yang berbeza - seperti dengan Singapura dan China - namun kita menerima mereka sebagai rakan ekonomi yang rapat. Mereka merupakan dua rakan dagang dan pelaburan paling utama Malaysia. Berasaskan sikap saling menghormati, kita akan sentiasa mencari jalan untuk meraih manfaat daripada kepentingan bersama.”
Dr Mahathir berkata masalah dua hala akan sentiasa diselesaikan secara rasional.
Berhubung Singapura, beliau berkata jiran pastinya mempunyai perbezaan pandangan tetapi apa yang lebih penting adalah bagaimana masalah itu diselesaikan.
Kedua-dua negara terlibat dalam perbincangan mengenai isu seperti sempadan maritim dan harga air yang dijual kepada Singapura.
Dr Mahathir berkata perjanjian air kini menjadi keutamaan berbanding isu lain. – 19 Mac, 2019.
Berita penuh di sini
Komen