Dr Mahathir gesa CEO kecilkan jurang pendapatan


Ragananthini Vethasalam

Perdana Menteri Dr Mahathir Mohamad membangkitkan kebimbangan terhadap jurang pendapatan yang luas antara para eksekutif dan pekerja. – Gambar The Malaysian Insight oleh Nazir Sufari, 19 Mac, 2019.

PEMBANGUNAN Malaysia perlu diukur lebih daripada sekadar kejayaan pertumbuhan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) dan pasaran saham, tetapi juga bagaimana kehidupan rakyat yang bertambah baik, kata Perdana Menteri Dr Mahathir Mohamad.

Membangkitkan kebimbangan terhadap jurang pendapatan yang luas antara para eksekutif dan pekerja, Dr Mahathir yang bercakap di Invest Malaysia 2019, berkata majikan harus mempunyai pemikiran seperti pemegang amanah ketika memberi ganjaran kepada pekerja.

“Kami tidak mahu masyarakat yang tidak sama rata dengan pemilik modal mengambil terlalu banyak pendapatan negara, membiarkan pekerja atau isi rumah berpendapatan rendah dengan sisa lebihan.

“Jadi, saya menggesa anda semua, berfikiran seperti pemegang amanah,” katanya.

“Bayar pekerja anda lebih baik jika anda mempunyai lebih keuntungan. Kami perhatikan gaji para CEO meningkat berkali ganda, tetapi gaji pekerja meningkat perlahan atau tidak naik. Ini tidak betul.”

Dr Mahathir berkata perbezaan pendapatan akhirnya akan membawa kepada “ketegangan dan permusuhan” antara masyarakat yang berjuang dengan isu kos hidup.

“Kita tidak boleh mempunyai satu kumpulan yang berjaya, mendominasi atau memonopoli segalanya, sementara yang lain ketinggalan.

“Jurang antara golongan berada dan tidak berada perlu dikecilkan. Jika ketaksamaan dibiarkan, ia akan menimbulkan ketegangan dan permusuhan, dan akhirnya membawa kepada konfrontasi.” – 19 Mac, 2019.

Berita penuh di sini


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen