Jimat air, kerap minum semasa cuaca panas


Looi Sue-Chern

Rakyat Malaysia kurang kesedaran mengenai penjimatan air dan mesti digerakkan untuk menyimpan dan menggunakan air secara bijak. – Gambar EPA, 19 Mac, 2019.

KETIKA rakyat Malaysia berdepan cuaca panas, ahli klimatologi menggesa orang ramai berjimat dengan penggunaan air dan mengambil langkah berjaga-jaga untuk mengelakkan jatuh sakit.

Penjimatan air perlu diambil serius, dengan pakar air daripada Universiti Sains Malaysia, Profesor Chan Ngai Weng mendesak Putrajaya mengeluarkan amaran penjimatan air negara.

“Rakyat Malaysia perlu mempunyai kesedaran dalam penjimatan air dan mesti digerakkan untuk menyimpan dan menggunakan air secara bijak, dan melaporkan semua kebocoran air dengan segera semasa musim panas dan kering ini.

“Kita juga mesti mendapatkan menteri keluar di televisyen dan radio serta akhbar untuk memulakan kempen penjimatan air ini,” kata pensyarah itu kepada The Malaysian Insight.

Sejak Januari, beberapa kawasan di Semenanjung, terutamanya pantai barat, mengalami cuaca panas dan kering, yang menyebabkan kebimbangan mengenai penurunan paras air di empangan dan sungai.

Chan, yang juga presiden organisasi masyarakat sivil Water Watch Penang, mencadangkan 20 tips penjimatan air, termasuk mengurangkan kekerapan mandi, mencuci kereta dan aktiviti luar dan mengumpul air yang digunakan untuk menyiram tanaman dan menjirus tandas.

Pakar perubahan iklim Profesor Madya Ramzah Dambul juga bersetuju dengan Chan mengenai kepentingan penjimatan air.

“Daripada pemerhatian saya, memang benar rakyat Malaysia kurang kesedaran mengenai perkara ini. Kita menggunakan lebih banyak air berbanding negara lain.

“Beberapa orang mandi lebih dua kali sehari. Kita juga mempunyai kebocoran di sana sini. Kita perlu meningkatkan kesedaran dan mengurangkan penggunaan air,” katanya. – 19 Mac, 2019.

Berita penuh di sini


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen