ANGGOTA kanan Demokrat menggesa ketua risikan Amerika Syarikat (AS) menyiasat pengasas rumah urut yang bertemu Donald Trump dan dilaporkan mendakwa menjual akses kepada presiden.
Li “Cindy” Yang mengasaskan rangkaian spa di Florida termasuk spa Orchids of Asia yang dikunjungi pemilik New England Patriots, Robert Kraft, yang didakwa kerana membayar untuk mendapatkan khidmat seks dalam satu serbuan pada Februari.
Kraft pengunjung tetap resort Trump, Mar-a-Lago di West Palm Beach, Florida dan wujud satu gambar swafoto Yang bersama Trump pada parti menonton perlawanan Super Bowl pada Februari kini tersebar di media sosial.
Menurut The Miami Herald dan majalah Mother Jones, Yang yang berasal dari China membuka satu syarikat perunding menawarkan pelanggan dari China peluang untuk berinteraksi dengan presiden dan keluarganya.
Di laman webnya, GY US Investments LLC menawarkan peluang kepada pelanggan makan malam, bertemu dan bergambar dengan presiden.
“Jika benar tuduhan itu, ia sesuatu yang serius,” kata Pengerusi Jawatankuasa Risikan Dewan Adam Schiff dan Pengerusi Jawatankuasa Kehakiman Jerry Nadler dalam satu surat kepada FBI, Perkhidmatan Rahsia AS dan pengarah risikan negara. – AFP, 19 Mac, 2019.
Komen