Seorang maut dalam kemungkinan serangan pengganas di Belanda


Polis dan kenderaan kecemasan dilihat berada di tempat kejadian tembakan yang berlaku dalam sebuah tram di Belanda hari ini. – Gambar EPA, 18 Mac, 2019.

SEORANG penembak melepaskan tembakan dalam sebuah tram di bandar Utrecht, Belanda hari ini, membunuh sekurang-kurangnya seorang dan mencederakan beberapa yang lain dalam kejadian yang dianggap pihak berkuasa serangan pengganas.

Mayat ditutup dengan kain dilaporkan berada dalam tram ketika polis bersenjata dan pasukan kecemasan menyelubungi kawasan kejadian di salah sebuah bandar terbesar Belanda itu.

Polis berkata penyerang masih bebas.

“Tembakan berlaku pada 24 Oktober di Utrecht…beberapa orang cedera. Kawasan sekitar juga sudah ditutup dan kami sedang menyiasat,” kata polis Utrecht di Twitter.

“Ia kejadian tembakan dalam sebuah tram. Beberapa helikopter kecemasan sudah dikerah ke tempat kejadian untuk memberikan bantuan.”

Perdana Menteri Belanda Mark Ruttle membatalkan mesyuarat dengan pakatannya dan sudah diberikan taklimat situasi, kata pegawai.

Polis kemudian berkata “kemungkinan motif keganasan adalah sebahagian daripada siasatan”.

Ketua Perkhidmatan Anti Keganasan Belanda Pieter-Jaap Aalbersberg menerusi Twitter kata yang beliau sedang mengadakan “rundingan krisis” berkenaan situasi itu.

“NCTV sedang memantau situasi di #Utrecht. Berhubungan rapat dengan pihak berkuasa tempatan. Kami tidak mengetepikan motip keganasan. Pasukan krisis sudah diaktifkan,” katanya.

“Suspek masih bebas,” jelasnya lagi, menambah yang ancaman keganasan diletakkan pada tahap maksimum di Utrecht selama 18 jam.

Media tempatan mengeluarkan gambar pasukan kecemasan bertopeng dan polis bersenjata serta kenderaan perubatan kecemasan di sebuah tram yang berhenti

Perjalanan tram di kawasan itu sudah dihentikan, kata pengendalinya Qbuzz dipetik agensi berita ANP. – AFP, 18 Mac, 2019.
 


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen