Polis dapatkan waran tangkap bintang K-pop


POLIS Korea Selatan hari ini memohon waran tangkapan ke atasbintang K-pop, Jung Joon-young yang dituduh merakam dan mengedar video seks tanpa kebenaran. – Gambar AFP, 18 Mac, 2019.

POLIS Korea Selatan hari ini memohon waran tangkapan ke atas seorang bintang K-pop yang dituduh merakam dan mengedar video seks tanpa kebenaran, yang menggemparkan industri muzik negara itu.

Penyanyi dan penulis lirik, Jung Joon-young, minggu lepas mengaku merakam aksinya melakukan hubungan seks, dan rakaman itu kemudian dikongsi tanpa kebenaran pasangannya.

Video yang merakam askinya bersama sekurang-kurangnya sepuluh wanita itu dikongsi menerusi ruangan sembang media sosial pada 2015. Anggota Big Bang, Seungri, antara yang menonton video itu.

Agensi Yonhap melaporkan, polis Seoul hari ini berkata waran tangkapan terhadap Jung yang didakwa melakukan kesalahan seksual menggunakan kamera dipohon sebaik sahaja kertas siasatan dibuka.

Polis juga memohon waran tangkapan terhadap seorang lagi lelaki, iaitu pekerja kelab malam yag meneyrtai Jung dalam ruangan sembang tersebut, atas dakwaan berkongsi video seks.

Jung, 30, minggu lepas mengumumkan bersara dari industri hiburan. Skandal video seks tersebut turut menyebabkan dua penyanyi lelaki lain mengambil tindakan sama selepas mengaku menonton. – AFP, 18 Mac, 2019.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen