NEW Zealand hari ini mengumumkan akan mengetatkan undang-undang kawalan senjatanya, susulan kejadian pembunuhan beramai-ramai di dua masjid di Christchurch pada Jumaat lalu.
Perdana Menteri Jacinda Ardern berkata Kabinet sebulat suara untuk mengetatkan kemudahan mendapatkan jenis senjata yang digunakan Brenton Tarrant yang menembak jemaah masjid yang mahu menunaikan solat Jumaat.
“Kabinet mencapai keputusan dan ia sebulat suara,” katanya, disertai Timbalan Perdana Menteri Winston Peters.
Ardern berkata satu pasukan siasatan akan ditubuhkan untuk menyiasat punca serangan mengerikan itu memandangkan timbul persoalan sama ada agensi risikan sepatutnya dapat mengesan tanda-tanda amaran berkaitan insiden tersebut. – AFP, 18 Mac, 2019.
Komen