Colombia terus sokong pembolos tentera Venezuela


Ketua pembangkang Venezuela Juan Guaido menawarkan pengampunan kepada anggota tentera yang melarikan diri daripada kerajaan sosialis Presiden Nicolas Maduro. – Gambar AFP, 18 Mac, 2019.

COLOMBIA akan terus memberikan sokongan kepada hampir 1,000 tentera Venezuela yang melarikan diri masuk ke wilayahnya, kata Kementerian Luar semalam – selepas beberapa laporan menyatakan mereka akan diusir.

Sokongan itu – makanan dan tempat perlindungan – akan diteruskan sehingga langkah penyelesaian jangka sederhana dapat dicapai, kata kementerian tiu dalam satu kenyataan.

Pengumuman itu dibuat sehari selepas anggota tentera yang melarikan diri itu memberitahu media tempatan di bandar Cucuta dan Villa del Rosario bahawa mereka bimbang akan diusir dari tempat perlindungan.

“Mereka beritahu kami ada tiga atau empat hari untuk cari tempat lain, dan mereka akan beri kami tilam, cadar dan AS$110,” kata seorang lelaki yang dikenali sebagai Sarjan Luis Gonzalez.

Duta ke Colombia yang dilantik oleh ketua pembangkang Venezuela dan mengisytiharkan dirinya sebagai presiden sementara Juan Guaido memaklumkan beliau dalam rundingan untuk membenarkan anggota tentera Venezuela yang melarikan diri ke Colombia, peluang meneruskan kerja di sini.

Diiktiraf oleh 50 negara diketuai Amerika Syarikat, Guaido menawarkan pengampunan kepada anggota tentera yang lari daripada kerajaan sosialis Presiden Nicolas Maduro, yang bergantung pada pasukan tentera yang menyokongnya kekal berkuasa. – AFP, 18 Mac, 2019.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen