Puluhan ribu penduduk masih berada di kubu IS, kata tentera Syria


Tentera SDF yang disokong Amerika Syarikat terus mara ke kubu terakhir kumpulan militan IS di Baghouz, timur Syria.– Gambar EPA, 18 Mac, 2019

TENTERA Syria yang disokong Amerika Syarikat berkata, puluhan ribu penduduk dipercayai masih berada di lokasi penempatan kumpulan IS di timur Syria, ketika mereka meneruskan serangan udara dan pengeboman.  

Puluhan ribu penduduk terdiri daripada wanita, kanak-kanak dan lelaki maish berada di kawasan perkampungan Baghouz berhampiran empadan Iran sejak beberapa minggu lalu.

Kehadiran penduduk terbabit memaksa pasukan Demokratik Syria (SDF) mengurangkan serangan mereka yang menyasarkan kepada kumpulan militan terbabit. 

“Pertempuran berterusan dan SDF terus masa ke arah kem IS,” kata jurucakap SDF Mustafa Bali menerusi Twitter. 

“Beberapa kedudukan sudah ditawan dan tempat simpanan peluru mereka telah diletupkan oleh pasukan kami. SDF kini menguasai kem di Baghouz.”

Di luar kem SDF di Baghouz, wartawan AFP menyaksikan kepulan asap putih di kawasan penempatan IS dan bunyi tembakan serta serangan udara terus kedengaran.

Kem penempatan sementara yang menjadi kubu terakhir kumpulan militan itu turut terbakar. – AFP, 18 Mac, 2019


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen