Pelarian jadi hero usir pengganas masjid Christchurch


Angka kematian mungkin akan jadi jauh lebih tinggi jika tindakan heroik Aziz tidak berlaku, usaha beliau berusaha mengalihkan perhatian dan mengejar penembak itu tersebut mendapat pujian yang meluas. – Gambar AFP, 17 Mac, 2019.

APABILA seorang pelarian Afghanistan, Abdul Aziz melihat seorang lelaki yang menghalakan pistol di luar masjid di Christchurch, beliau berlari ke arah penyerang bersenjata itu dengan satu-satunya senjata yang dapat dicapainya - mesin kad kredit yang sedang dipegang beliau.

Tujuh orang terbunuh apabila seorang penyokong tegar ketuanan kulit putih menyerbu Masjid Linwood - masjid kedua yang diserang pada hari Jumaat tempohari - ketika para pengunjung masjid sedang beribadah.

Angka kematian mungkin akan jadi jauh lebih tinggi jika tindakan heroik Aziz tidak berlaku, usaha beliau berusaha mengalihkan perhatian dan mengejar penembak itu tersebut mendapat pujian yang meluas.

“Anda tidak mempunyai banyak masa untuk berfikir, apa yang anda fikirkan, anda terus lakukan,” kata Aziz kepada AFP, sambil cuba meminta agar gelaran “hero” kepadanya dihentikan sewaktu penganut Islam tempatan berkumpul untuk mengucapkan terima kasih kerana menyelamatkan saudara-mara dan rakan-rakannya.

Aziz dan empat anak lelakinya sedang beribadah sewaktu mereka mendengar bunyi pistol dilepaskan di luar bangunan.

Pada mulanya beliau berfikir seseorang sedang menyalakan mercun, Aziz menjadi curiga dan keluar dari masjid dan mencapai peranti kecil pemprosesan kad kredit.

Di luar, beliau terkejut melihat seorang lelaki bersenjata memakai pakaian ala tentera.

“Pada mulanya, saya tidak tahu sama ada dia adalah lelaki yang baik atau lelaki yang jahat, tetapi ketika dia mula mencarut, saya tahu dia bukan lelaki yang baik,” katanya.

Aziz melemparkan mesinnya ke arah Tarrant dan kemudian membongkok di antara beberapa kereta kerana lelaki yang mengaku sebagai seorang fasis itu telah melepaskan tembakan ke arahnya.

Aziz kemudian mendengar salah seorang anaknya berkata, “Ayah, tolong balik ke dalam!”

Tidak cedera, Aziz mengambil senapang kosong yang dibuang oleh lelaki bersenjata itu dan menjerit “datang ke sini” berulang-ulang dalam usaha menarik perhatian lelaki itu daripada anak-anaknya dan pengunjung masjid yang lain.

“Apabila dia melihat pistol di tangan saya, saya tidak tahu apa yang berlaku, dia melepaskan pistolnya dan saya kejar beliau dengan pistol saya sendiri ... Saya berjaya membuang pistol ke atas kereta dan menghancurkan tingkap kereta, dan saya boleh melihat dia agak ketakutan. “

Aziz terus mengejar penyerang tersebut ketika dia melarikan diri menggunakan kereta.

Lelaki berusia 48 tahun itu kemudian kembali ke masjid tersebut di mana beliau disambut dengan suasana yang dahsyat.

Aziz, seorang warga Australia, berpindah ke Down Under sebagai pelarian kanak-kanak. Beliau tinggal di Sydney selama hampir tiga dekad sebelum berpindah ke Christchurch beberapa tahun kemudian.

Beliau mengatakan dirinya tidak mempunyai apa-apa selain mengutuk perbuatan penyerang ganas berkenaan.

“Banyak orang memberitahu dia seorang lelaki bersenjata tetapi… Seorang lelaki tidak pernah menyakitkan orang lain, dia bukan lelaki, dia pengecut,” kata Aziz. – AFP, 17 Mac, 2019.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen