POLIS New Zealand menutup lapangan terbang Dunedin hari ini selepas penemuan bungkusan yang mencurigakan di kawasan lapangan terbang itu.
“Lapangan Terbang Dunedin ditutup buat masa ini,” kata satu kenyataan.
“Polis berada di lokasi kejadian dan pasukan khas dikerah untuk menyiasat bungkusan tersebut.”
New Zealand kini meningkatkan tahap keselamatan selepas seorang pengganas membunuh 50 orang dalam dua serangan tembakan di masjid pada Jumaat lalu.
Seorang staf lapangan terbang yang enggan dikenali berkata pihak berkuasa bagaimanapun tidak mengosongkan kawasan terminal.
Menurut laporan penerbangan semasa Flightaware, pesawat Air New Zealand dari Wellington berlegar di bandar itu hampir sejam sebelum terbang semula ke destinasi asalnya. – AFP, 17 Mac, 2019.
Komen