42 maut dalam banjir di Papua


Gambar yang dikeluarkan oleh agensi penangkapan kemalangan Indonesia hari ini menunjukkan pesawat kecil di atas landasan udara dikelilingi banjir di Sentani dekat ibukota provinsi Jayapura. - Gambar AFP, 17 Mac, 2019.

Sekurang-kurangnya 42 orang terbunuh akibat banjir kilat di wilayah timur Papua hari ini.

Banjir yang berlaku di Sentani berdekatan Jayapura berlaku akibat hujan lebat semalam menyebabkan 21 orang cedera.

Puluhan rumah rosak akibat banjir, kata jurucakap agensi bencana nasional, Sutopo Purwo Nugroho.

“Jumlah mangsa dan kesan bencana itu mungkin akan meningkat apabila pasukan mencari dan menyelamat masih berusaha pergi ke kawasan terjejas,” katanya.

Banjir semakin teruk tetapi pegawai masih berusaha menyelamatkan penduduk.

Kejadian banjir bukan sesuatu yang luar biasa di Indonesia terutama semasa musim hujan sepanjang Oktober hingga April.

Pada Januari, kejadian banjir dan tanah runtuh membunuh sekurang-kurangnya 70 orang di Pulau Sulawesi manakala awal bulan ini beratus-ratus di wilayah Jawa Barat terpaksa berpindah ketika hujan lebat sehingga mencetuskan banjir teruk.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen