Paris Jackson selar laporan cubaan bunuh diri


Paris Jackson, anak perempuan Michael Jackson menafikan dia cuba membunuh diri semalam. - Gambar EPA, 17 Mac, 2019.

Anak perempuan Michael Jackson, Paris Jackson menafikan khabar angin dia cuba membunuh diri semalam.

Laman web berita selebriti TMZ pada mulanya menyiarkan laporan mengatakan Paris yang merupakan seorang model berusia 20 tahun dimasukkan ke hospital atas percubaan membunuh diri di rumahnya di Los Angeles.

Tanpa memberikan butiran tambahan, jurucakap polis memberitahu AFP bahawa unit dari Hollywood bertindak balas terhadap cubaan membunuh diri dan memerlukan ambulans kira-kira jam 7.30 pagi kemudian membawa mangsa ke hospital tempatan.

Paris sebelum ini terbuka mengenai sakit mental yang dihadapinya.

Dia cuba membunuh diri pada 2013 dan memberitahu sudah beberapa kali cuba membunuh diri kepada majalah Rolling Stone sebelum ini.

Model itu baru-baru ini memuat naik status di Twitternya ‘bukan peranan saya’ untuk mempertahankan warisan ayahnya dan mengatakan ahli keluarga lain akan memainkan peranan dan dia menyokong mereka.

“Saya hanya cuba mahu semua orang bertenang dan mengikut saja apa yang akan berlaku. Menjadi lembut dan berfikir tentang gambaran lebih besar. Itu saya,” tweet Paris.

Jenama mewah Perancis, Louis Vuitton menurunkan pakaian bertemakan Jackson pada Khamis lepas dan merupakan dari koleksi yang diperagakan di Paris Fashion Week pada Januari lalu dengan mengatakan tuduhan dalam dokumentari yang sangat menyusahkan dan menganggu. – AFP, 17 Mac, 2019.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen