PEMIMPIN pembangkang Venezuela Juan Guaido memulakan siri jelajahnya ke seluruh Venezuela pada Sabtu dalam usahanya untuk meraih sokongan gerakan rakyat untuk mengekang Presiden Nicolas Maduri daripada terus berkuasa.
Guaido, 35 memulakan “operasi kebebasan” di utara bandar Valencia, yang menjadi lokasi pasukan tentera pro-Maduro ditempatkan untuk beberapa siri latihan.
Latihan itu memfokuskan untuk pertahanan kemudahan hidroelektrik daripada serangan—yang merupakan reaksi terhadap masalah bekalan elektrik yang terputus selama seminggu yang mana Maduro menyatakan ia adalah perbuatan “sabotaj” oleh Amerika Syarikat, namun pakar menyatakan ia berpunca daripada pengabaian kemudahan itu sejak beberapa tahun lalu.
Juan Guaido yang merupakan pemimpin parti pembangkang yang mendakwa dirinya sebagai presiden interim dan diiktiraf oleh AS, Kanada dan beberapa neara Amerika Latin dan Eropah, berikrar akan mengambil alih istana presiden di Miraflores tidak lama lagi.
Beliau memberi tekanan hampir dua bulan terhadap Maduro selepas mengisytiharkan dirinya sebagai pemangku presiden ketika perhimpunan jalanan yang disertai ribuan rakyat negara itu susulan angkat sumpah Maduro untuk penggal kedua.
“Kami akan dapatkan semula apa yang menjadi milik rakyat,” kata Guaido kepada ribuan penyokongnya pada Sabtu.
“Maduro percaya kumpulan pencuri atau istaa akan menjadikannya presiden. Hanya sokongan rakyat yang akan menjadikan seseorang itu presiden sesebuah negara dan beliau tidak memilikinya. Dan beliau tidak akan lama di istana itu.” – AFP, 17 Mac, 2019
Komen