Serangan pengganas, 4 rakyat Mesir disahkan maut


Kementerian Imigresen Mesir mengesahkan empat rakyat negara itu terkorban dalam serangan pengganas di dua masjid di New Zealand pada Jumaat lalu. – Gambar EPA, 16 Mac, 2019.

KEMENTERIAN Imigresen Mesir mengesahkan empat rakyat negara itu terkorban dalam serangan pengganas di dua masjid di New Zealand pada Jumaat lalu, lapor Xinhua.

Maklumat itu disahkan selepas kementerian menghubungi Kedutaan Besar Mesir di New Zealand hari ini.

Menurut kenyataan kementerian, Duta Besar Mesir ke New Zealand Tarek el-Wassimy memaklumkan empat pekerja ditugaskan bagi  membantu keluarga mangsa. 

“Jenazah kesemua mangsa dijadual diterbangkan ke Mesir untuk urusan pengkebumian pada Selasa ini,” kata kenyataan itu.

Menurut duta itu lagi, jumlah sebenar rakyat Mesir yang cedera belum dapat disahkan.

Susulan insiden menyayat hati itu, tiga suspek ditahan setakat ini oleh pihak berkuasa New Zealand dan seorang daripadanya dihadapkan ke mahkamah pada Sabtu kerana didakwa membunuh. – Bernama, 16 Mac, 2019.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen