Serangan pengganas di New Zealand, 4 rakyat Pakistan maut


Menurut laporan media tempatan, lebih 5,000 warga Pakistan menetap di New Zealand. Serangan pengganas di dua masjid di New Zealand semalam mengorbankan 49 nyawa. – Gambar EPA, 16 Mac, 2019.

SEKURANG-kurangnya empat warga Pakistan dilaporkan terbunuh dan sembilan yang lain masih hilang dalam serangan tembakan di dua masjid di bandar Christchurch, New Zealand pada Jumaat. 

Agensi berita Xinhua melaporkan, memetik media tempatan dari Pakistan pada Sabtu, empat rakyat negara itu disahkan meninggal dunia semasa menerima rawatan di hospital.

Mereka yang maut termasuk Naeem Rashid dan anak lelakinya Talha Naeem.

Pada Sabtu Kementerian Luar Pakistan telah mengeluarkan senarai nama sembilan rakyatnya yang dilaporkan hilang dalam serangan itu.

“Misi kami di New Zealand berusaha mendapatkan maklumat terkini,” kata jurucakap Kementerian Luar, Mohammad Faisal.

Kementerian turut menubuhkan pejabat operasi khas di Islamabad untuk membolehkan maklumat terkini disalurkan kepada keluarga mangsa yang terjejas. 

Menurut laporan media tempatan, lebih 5,000 warga Pakistan menetap di New Zealand. – Bernama, 16 Mac, 2019.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen