Gempa 5.0 magnitud gegar barat daya Pakistan


Gempa bumi 7.5 magnitud pernah meletus di rantau Asia Selatan dari Tajikistan ke New Delhi di India pada 26 Oktober 2015 mengorbankan lebih 400 orang terutamanya di Pakistan dan mencederakan lebih 1,200 orang. – Gambar EPA, 16 Mac, 2019.

GEMPA bumi berukuran 5.0 magnitud menggegar wilayah barat daya Balochistan, Pakistan hari ini, menurut Pusat Pemantauan Seismik negara itu.

Gegaran berlaku kira-kira jam 11 ​​pagi waktu tempatan dengan pusat gempa kira-kira 43 kilometer barat laut daerah Sibbi di Balochistan dengan kedalaman 16 kilometer.

Beberapa kawasan termasuk ibu kota wilayah Quetta, Dera Murad Jamali dan Nasirabad turut merasakan gegaran. 

Tiada kehilangan nyawa atau kerosakan harta benda dilaporkan setakat ini. – Bernama, 16 Mac, 2019.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen