OIC kecam tragedi New Zealand


Bendera New Zealand di bangunan Parlimen di Wellington dikibarkan separuh tiang tanda berkabung selepas serangan pengganas di dua masjid membunuh 49 orang hari ini. – Gambar AFP, 14 Mac, 2019.

SETIASUSAHA  Agung Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC), Dr Yousef Al-Othaimeen mengutuk sekeras-kerasnya serangan pengganas terhadap umat Islam yang tidak berdosa dalam kejadian tembakan di dua masjid di Christchurch pada Jumaat.

Al-Othaimeen berkata jenayah kejam meragut lebih 40 nyawa itu jelas memberikan amaran bahayanya kebencian dan Islamophobia yang telah menyakiti perasaan umat Islam di seluruh dunia.

“Al-Othaimeen menyeru Pihak Berkuasa #New Zealand menyiasat kejadian itu dengan terpeinci,” kata badan dunia itu dalam Twitter rasminya.

Setiausaha Agung OIC turut mengucapkan takziah dan bersimpati kepada keluarga mangsa di samping berharap mereka yang cedera segera pulih.

Serangan pengganas di Masjid Al Noor dan Linwood di Christchurch, New Zealand itu  membunuh 49 orang dan puluhan lagi cedera. – Bernama, 14 Mac, 2019.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen