PENGANJUR tunjuk perasaan secara mingguan di sempadan Gaza-Israel menghentikan aktiviti bantahan itu susulan pertempuran yang semakin sengit antara tentera Israel dan pejuang Palestin di wilayah itu.
“Bagi menjaga kepentingan awam, suruhanjaya mengambil keputusan untuk menangguhkan semua aktiviti yang dijadualkan hari ini,” kata pertubuhan itu yang menganjurkan protes tersebut dalam satu kenyataan.
Katanya banthan akan disambung pada minggu akan datang, terutamanya menjelang sambutan ulang tahun pertama usaha mereka melancarkan tunjuk perasaan pada 30 Mac.
Pembatalan itu yang pertama dilakukan tahun ini, dibuat selepas Israel menggempur puluhan kedudukan Hamas di Gaza sebagai membalas serangan roket yang dilancarkan dari wilayah itu.
Seorang pegawai dari jawatankuasa penganjur berkata, protes itu ditangguhkan kerana mahu melindungi rakyat Palestin daripada keganasan tentera Israel.
Tunjuk perasaan yang diadakan setiap Jumaat itu menuntut Israel membenarkan pelarian Palestin kembali ke rumah mereka yang dikini berada dalam kawasan jajahan Israel.
Sekurang-kurangnya 255 rakyat Palestin dibunuh tentera Israel sejak Mac 2018 selepas kedua-dua pihak bertempur di kawasan sempadan yang menjadi lokasi demonstrasi. –– AFP, 15 Mac, 2019.
Komen