Pelajar USM anjur protes perubahan iklim, tuntut dasar mesra alam


Looi Sue-Chern

Bantahan di luar kampus USM Pulau Pinang itu dihadiri lebih 30 orang, sambutan diluar jangkaan penganjurnya. – Gambar The Malaysian Insight oleh David ST Loh, 14 Mac, 2019.

MENGAMBIL inspirasi remaja Sweeden Greta Thunberg yang mengadakan mogok perubahan iklim dunia, sekumpulan pelajar Universiti Sains Malaysia mengadakan bantahan pro alam sekitar di luar kampus di Pulau Pinang petang ini.

Jurucakap Serikat Mahasiswa Izzuddin Azmi, 24, berkata tidak boleh dinafikan lagi yang semua orang terjejas dengan kesan perubahan iklim.

“Bumi adalah rumah kita dan jadi tugas kita untuk melindunginya. Tetapi orang tua kita gagal dalam janji mereka menangani masalah ini.

“Orang muda dan kanak-kanak, yang akan mewarisi dunia ini akan juga mewarisi masalah perubahan iklim,” kata mahasiswa jurusan Fizik itu ketika bantahan.

Izzudin berkata tuntutan mereka adalah supaya kerajaan Malaysia termasuklah perubahan kepada ekonomi karbon rendah dan pembangunan infrastruktur mesra alam. Bantahan jalanan itu melibatkan lebih 30 mahasiswa, dan turut disertai beberapa orang awam dan pemimpin pergerakan sivil seperti Khoo Salma Nasution daripada Penang Forum.

Mereka turut melaungkan slogan beberapa slogan seperti “climate justice now” dan “kuasa rakyat”.

Izzudin berkata beliau gembira dengan kehadiran sepanjang bantahan, kerana beliau dan rakan-rakan mengandaikan hanya 10 orang akan hadir.

Gerakan pelajar kini mula melancarkan bantahan mendesak kerajaan seluruh dunia bertindak bagi mengurangkan kesan perubahan iklim. – Gambar The Malaysian Insight oleh David ST Loh, 14 Mac, 2019.

Kempen bantahan perubahan iklim dicetuskan Thunberg yang baharu berusia 16 tahun pada 20 Ogos tahun lepas, apabila memulakan bantahan pertama sekolah di luar bangunan Parlimen negaranya.

Menuntut kerajaan Sweden memotong pengeluaran karbon selaras dengan Perjanjian Paris, remaja itu duduk di banguanan Parlimen setiap hari sepanjang waktu persekolahan selama dua minggu memegang sepanduk “School Strike for the Climate”.

Beliau dilaporkan berkata, hanya akan menamatkan mogoknya apabila Sweden memulakan pengurangan emisi karbon tahunan sebanyak 15%.

Thunberg kemudian meneruskan bantahan solonya pada Jumaat, yang kini memberikan inspirasi pelajar seluruh dunia yang menyertainya sehingga beliau mendapat pencalonan Hadiah Nobel Keamanan. – 14 Mac, 2019.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen