JUMLAH korban akibat tragedi empangan runtuh di bahagian tenggara negeri Minas Gerais, Brazil kini mencecah 203 orang, lapor agensi berita Xinhua pada Khamis.
Pertahanan Awam Minas Gerais berkata 105 lagi masih hilang dalam insiden pada 25 Januari itu di empangan milik gergasi perlombongan,Vale.
Operasi mencari dan menyelamat oleh anggota bomba, tentera dengan dibantu empat helikopter masih dijalankan bagi mencari mangsa yang masih hilang.
Runtuhan empangan sisa perlombongan itu menyebabkan lumpur mengandungi toksik menimbus hampir keseluruhan bandar Brumadinho. – Bernama, 15 Mac, 2019.
Komen